Bagaimana Kami Menguruskan Insuran / Cukai Jalan Kenderaan Anda?

Kini anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di jalanraya, pejabat Insuran, JPJ dan pejabat POS. Kami mudahkan urusan anda. Ada beberapa cara bagaimana kami menguruskan Insuran dan Cukai Jalan kenderaan pelanggan. Anda boleh memilih setiap urusan mengikut kesesuaian anda :-

1- Kami membuat DELIVERY bagi pelanggan yang tinggal berhampiran Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. (Kami mempunyai cawangan pejabat di kawasan tersebut).

2- Pelanggan yang tinggal sekitar kawasan diatas juga boleh membuat SELF PICKUP di pejabat kami di alamat yang tertera dibawah apabila Insuran / Cukai Jalan kenderaan anda telah siap. Mudah.. Jimat masa. Request Quotation.

Agensi Azdpro
No. 19, Jalan 7/7C, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Agensi Azdpro
NO 4A, Jalan P11/E1
Presint 11
62300 Putrajaya

3- Bagi pelanggan yang tinggal berjauhan, e-Covernote akan dihantar melalui email. Print dan bawa document tersebut untuk urusan perbaharui Cukai Jalan di pejabat JPJ atau Pejabat Pos. (Jika anda mahu menguruskan sendiri cukai jalan)

4- Bagi pelanggan yang memperbaharui Insuran kenderaan beserta Cukai Jalan, Kami akan membuat pengeposan berdaftar menggunakan perkhidmatan Poslaju.

Kalau Ada Saman Boleh Renew Ke?

Didalam memperbaharui cukai kenderaan (Roadtax) terdapat dua elemen penting yang pertama adalah Pihak insuran dan kedua Cukai kenderaan. Bagi memperbaharui insuran ia tidak terlibat dalam mana badan penguatkuasa (JPJ atau Polis) oleh itu tidak ada masalah dalam pembaharuan insuran walaupun mempunyai saman.

Manakala bagi memperbaharui Roadtax pula jika terdapat saman anda perlu membayar saman terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memperbaharui cukai kenderaan (Roadtax) anda atas sebab ia terlibat secara langsung dengan badan penguatkuasa tersebut.

Roadtax Dah Tamat Setahun.. Boleh Ke Renew?

Jika anda mempunyai masalah tidak renew roadtax setahun. Anda perlu menjalani pemeriksaan semula di puspakom bagi pemeriksaan semula kondisi kenderaan sama ada boleh digunakan di jalanraya atau tidak. Adalah lebih baik untuk memperbaharui insuran dan roadtax setiap tahun walaupun tidak digunakan kerana urusan puspakom mengambil masa yang agak lama dan proses yang agak leceh dan teknikal.

Perlu Beli Insuran Perlindungan Yang Terbaik?

Terdapat dua jenis insuran perlindungan bagi kenderaan anda comprehensive dan Third-party. Perlindungan yang terbaik adalah comprehensive yang melindungi kerugian bagi kenderaan anda ataupun kenderaan yang dilanggar oleh anda semasa kemalangan. Manakala Third party pula adalah perlindungan bagi kenderaan yang dilanggar oleh pihak anda sahaja.

Seringkali kami nasihatkan bagi pelanggan kami insuran comprehensive adalah satu kemestian. Namun terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan anda tidak layak untuk mengambil insuran comprehensive.

Ada Tak Insuran Takaful Islamic?

Ya.. kami menyediakan insuran takaful dari “Etiqa takaful” tiada masalah bagi anda yang mementingkan prinsip syariah. Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda.

Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insuran yang terlibat.

error: Protection By Agensi Azdpro. www.azdpro.com.my I RenewInsurance@azdpro.com.my