Kemalangan kereta adalah perkara yang kalau boleh kita nak elakan berlaku pada diri kita, tapi bak kata pepatah malang tak berbau. Adalah lebih baik kita bersedia dari awal jika berlaku kemalangan. kita tahu Cara Membuat Tuntutan Kemalangan Kenderaan. Kalau kita tahu kan lebih senanglah nanti. Tak pula di tipu jerung bengkel di luar sana. Kalau tak dah la kita kemalangan bertambah malang kalau kita di tipu.

Ok admin cuba untuk terangkan perkara ni dengan cara yang paling simple dan mudah paham. Secara mudah cara tuntutan claim boleh di bahagi kepada 6 langkah penting.

Pastikan diri anda selamat & Jangan Panik
Jika berlaku kemalangan pastikan diri anda & penumpang2 anda selamat. Jika berlaku kecederaan ringan anda boleh pergi pada klinik atau hospital yang berdekat untuk mendapatkan rawatan dan jika anda pilih insuran komprehensive mungkin ada jumlah yang anda boleh claim dari pihak insuran. Disini juga anda perlu kawal emosi anda untuk sentiasa tenang dan tidak bergaduh samada dengan pihak yang anda langgar atau dilanggar oleh anda.

Telepon Syarikat insuran untuk tahu bengkel kereta panel yang berhampiran
Langkah dua ini penting, sebelum menerima apa-apa nasihat dari orang sekeliling adalah lebih baik untuk hubungi pihak insuran sendiri untuk bantuan. Sama ada kemalangan atau untuk towing. Saya cuba untuk bercakap dalam konteks kemalangan yang kecil samada terlanggar belakang kenderaan atau sisi jalan.

Selepas pastikan diri anda selamat dan mendapati kerosakan telah berlaku, adalah lebih baik untuk anda membuat panggilan kepada syarikat insuran anda untuk mendapatkan perkhimatan trak tunda dan Lokasi bengkel panel yang terdekat. Ini adalah sangat penting untuk anda pastikan kereta anda di tarik ke bengkel panel jika bukan panel syarikat insuran tidak akan membuat sebarang bayaran untuk anda.

Buat laporan polis dalam masa 24Jam
Laporan polis adalah sangat penting dalam proses claim ini kerana ia adalah salah satu bahan bukti bagi pihak insuran untuk menerima claim atau menolak claim anda. Pihak insuran akan menilai dari laporan polis itu samada kemalangan itu tidak sengaja atau sengaja berlaku. Jika kemalangan melibatkan 2 pihak. Kedua- dua pihak harus membuat laporan polis. Laporan polis ini anda perlu serahkan kepada pihak bengkel untuk proses claim

Serah dokumen claim pada bengkel
Proses claim sebenarnya di uruskan oleh pihak bengkel di mana pihak bengkel akan meminta beberapa dokumen penting dari anda untuk diserahkan pada pihak insuran untuk diluluskan sebelum kerja pembaikan dibuat

Antara dokumen yang di perlukan adalah:-

Ic pemilik
Polisi insuran
cover note insuran
Polis report
Geran.

Disini adalah tanggunjawab anda untuk serahkan dokumen berikut kepada pihak bengkel supaya mereka boleh menghantar melalui sistem online mereka dan pihak insuran. Selagi Dokumen tidak lengkap claim tidak akan di proses. Dalam Masa 24 jam Wakil dari pihak insuran akan melawat ke bengkel untuk memeriksa kerosakan yang bakal di buat dan Pengesahan untuk pembaikan akan di buat. Bengkel boleh mulakan kerja selepas pengesahan.

5.Buat Follow-up pada bahagian claim insuran

Ramai yang tanya macam mana yer nak cepatkan proses claim ni semua. Maklumlah kita nak cepat guna kereta kan. Bagi kami kecepatan proses claim adalah sangat bergantung kepada bengkel kereta yang anda hantar. Let say pada time tuh terdapat banyak kereta yang menunggu giliran untuk repair mungkin kereta anda akan ambil masa untuk siap. Nak lagi best melawat terus ke bengkel sekali sekala untuk tgk proses kerja. Kalau tak puas hati pun anda boleh minta pihak bengkel untuk adjust

Sebenarnya apa yang penting adalah pihak insuran melindungi dan menanggung semua kos pembaikan dan kerugian. Disini lah penting nya untuk anda memilih pelindungan komprehensive. Insuran ni memang tak penting masa buat bayaran. Bila dah kemlangan barulah ia berfungsi membantu anda. Sekian.

error: Protection By Agensi Azdpro. www.azdpro.com.my I RenewInsurance@azdpro.com.my